Posted by  | 9.02.2010  at 9:51 AM  

bila wanita menangis

kerapkali menjadi persoalan mengapakah begitu mudah melihat air mata wanita berbanding lelaki...
apakah itu petanda kelemahan seorang wanita?
benarkah airmata itu adalah petanda kelemahannya?
seringkali disalahertikan kehadiran titisan manik jernih ini bukan?......
tetapi lupakah manusia itu bahawa sememangnya dijadikan wanita  mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita
Begitu jelas kelembutannya, kasih sayang, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan positif mahupun negatif. yang pasti dengan 9 emosi inilah yang menjadikan wanita begitu sensitif pada sekelilinnya.
seperti mana kata-kata ini

"The world stops at the moment when women cry."

seperti seorang kekasih akan kebingungan melihat temannya menangis terisak2 tanpa mengetahui sebab-sebab khusus.
seperti juga seorang suami yang sangat keliru, apakah sebenarnya tingkah lakunya yang telah mengguris rasa si isteri kesayangannya
seperti seorang anak dengan penuh tanda tanya melihat ibunya mengalirkan airmata sedangkan ibunya itu begitu tabah dan kuat melakukan kerja harian menyiapkan kelengkapan mereka sekeluarga
seperti seorang bapa kehairanan mengapa anak permpunnya mula menangis di saat melihat cerita-cerita yang mnyayat hati di televisyen..... yang padanya itu hanya cerita yang direka sesama manusia?

di saat begini untuk seketika lelaki tidak akan memahami kenapa begitu mudahnya air jernih itu menelusuri kelopak mata dan pipi si perempuan/ wanita ini.....seperti terhenti seketika apa yang berlaku di persekitaran demi memikirkan kerenah para wanita ini....
persoalannya salhkan air mata ini menjadi peneman para mereka ini?
silapkah dijadikan para wanita dengan rasa cinta dan penuh klembutan...?
rasanya tidak canggung melihat wanita menangis
malahan sedarkah anda...?
bahawa airmata inilah sebenarnya yang menenangkan jiwa yang bergolak
atau sebak yang dibendung sekian lama
air mata inilah yang membasuh ribuan luka yang sekian lama berkabung di hati dan minda
dengan air mata ini juga dunia akan melihat kesengsaraan dan kesakitan mereka....
lembutnya jiwa wanita....
menjadi tempat anank2, suami menyuburkan cinta dan kasih....
dengan airmata jugalah wanita menguatkan semangat dan jiwa demi insan-insan yang disayanginya...
setiap ciptaan ALLAH itu pasti ada kebaikkanya.....
ia bukanlah tanda kelemahan tetapi kekuatan yang tersimpan....
Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)
pernahkan sang suami tersedar saat suaranya sedikit dilantangkan.. sudah terbina titik2 jernih dikelopak mata sang isteri?
hakikatnya isteri sangat mudah tersentuh tatkala orang yang disayangi menggikan suara... sengaja taupun tidak... kerana itu duhai sang suami dengarlah bisikan hati si isteri bahawa ia mahu dimanjakan sekalipun dengan kata-kata bukan diherdik dihina.....
inilah salah satu tujuan adanya airmata......
untuk menyejukkan hatinya dari kemarahan dan tersentuh kerana insan2 yang disayanginya.....

aik tader komen lagi?

Submit Express Inc.Search Engine Optimization
Related Posts with Thumbnails

dimanakah aku?

review http://mrsaqur.blogspot.com on alexa.com