Posted by  | 10.07.2010  at 10:59 AM  

Dua hari yang mencabar

05/10/2010

Hari ini aku kena ke Perpustakaan Negara. Herm melawat buku-buku yang mungkin merinduiku haha.. tak mungkin. Mencari 300 books for college library… bersama mid, farah dan encik syukri.
Jam 7 pagi aku dah pun terpacak di depan ofis. Ye la I ni kan always in time. Hehehe. Lebih kurang jam 7.30 pagi kami pun mulakan perjalanan… singgah makan roti canai di Gulam Rasul. Cam unik je sebab minum pun dalam gelas besi(eh apa eik org panggil gelas ni hehe). Sedap juga makan kat kedai ni


Kami sampai ke perpustakaan Negara lebih kurang jam 11.30 pagi…..
Bermulalah tugas kami mencari buku yang perlunya sebanyak 300 biji tu… waaaaa memang sesangat lah penat. Sakit tumit aku dan pinggang juga adoiii…. Bukan apa buku nursing atau helth science tak banyak. So memang penat dan lambat la proses pencarian kami. Macam-macam buku aku ambil heheh. Even bukan nursing atau kaitan ngan health science pun aku ambil juga. Nak buat camana kan dah tak ada. Bayang kan dari jam 11.30 kami boleh keluar dari perpustakaan Negara tu jam 3.00 petang…..
Kami tiba semula ke ofis pada jam 7.15 petang…
Wah kebas semua body part aku.

Sampai je kat rumah aku kena bersiap untuk gerak ke Penang plak untuk interview esok. Dan … resume menang tak siap lagi, dokumen tak setel, baju tak masuk beg lagi, waaaahhhh memang penatnya
Keluar rumah jam 9.00 malam. Kena pergi fotostat dokumen plus kena print resume lagi waaa…. Memang jenuh aku . akhirnya bergerak juga ke penang. Alhamdulillah perjalanan kami selamat sampai ke penang pada jam 12.10 pagi…..
06/10/2010
Setibanya di penang kak ma datang ambil. Makan malam merangkap supper di kedai mamak. Memang tak cedap. Tapi perut nyer hal kena makan jugalah…
Kak ma memang baik. Terasa macam terhutang budi yang banyak… terima kasih kak ma dan hubby….
Pukul 3.30 baru lah boleh lelapkan mata.. thanks cayang (hubby and irfan) sebab fahami umi…. Alamak lupa nak mention. My father and mother in law memang datang betul teman aku ke interview. Tu yang lagi buat aku nervous tahap karma. Thanks mak abah… cayang sangat-sangat.
Masa pagi interview baru aku perasan yang resume aku tersalah cetak…. OMG…. Memang gabra sangat aku.
Apa lagi seawal jam 7 pagi dah ke pejabat kak ma untuk print. Dah tu banyak la pulak dugaan nya… computer tak deteck pendrive aku, tukar computer tak leh link plak ke printer adoooohhhh. Nak guna computer lain terlupa password la plak… memang melajukan lagi degup jantung aku. Adrenaline rush sedang melanda.
Akhirnya lepas 1 jam Berjaya juga resume ku dicetak keluar… tik tok.. jam sudah menunjukkan… alamak dah 8.05 pagi….. kami pun apa lagi memang macam lipas kudung. Ayak kak ma memang jalan laju.
Samapi di kompleks kerajaan (KOMTAR) at 8.18pagi…. wahhh jantungku.. aishhh macam boleh dengar dah ni bunyi jantung sendiri. Sampai-sampai aku tengok ramai dah candidate yang tengah tunggu turn. Wah segak-segak semua… takutnya aku. Rupanya candidate yang aku nampak tu bukan untuk jawatan pengajar tapi jawatan-jawatan lain.
Aku candidate ke 3. Rupanya susanan sijil aku tak betul… kena susun balik huhu….
Haaa ni nak kongsi cara susun dokumen for government interview. Because usually semua government interview use the same concept.
Dari muka depan:
Bagi fail:
1. Sijil kelahiran + kad pngenalan asal
2. Sijil SPM
3. Sijil berhenti
4. Degree
5. Transkrip
6. Sijil sokongan (cth: nurse- perakuan lulus peperiksaan LJM )
7. Dokumen JPA/biasiswa (jika berkenaan)
8. Sijil-sijil lain
Bagi salinan:
1. Resume bergambar
2. Sijil kelahiran + kad pngenalan asal
3. Sijil SPM
4. Degree
5. Transkrip
6. Sijil sokongan (cth: nurse- perakuan lulus peperiksaan LJM )
7. Dokumen JPA/biasiswa (jika berkenaan)
Masa menunggu giliran sekali lagi membuatkan aku cuak. Hari tu candidate yang datang semua yang dah kerja as a stuff nure dan melebihi 3 tahun. Sorang tu dah kerja SN 18 tahun dan tangga gaji U42, sorang lagi dah kerja 8 tahun juga sebagai SN government , sorang lagi dah bekerja selama 10 tahun… ayakkkkkk… memang takda can ni (dalam hati aku). Tapi aku fikir, aku just nak cuba nasib. Kalau ada rezeki adalah. Kalau tak nak buat macamana. Dan aku jumpa senior aku la pulak. Heheh itupun dah ada 3 tahun pengalaman kerja di Institud Jantung Negara…. ….
Memang peluang untuk aku dapat memang sangat nipis. Bayangkan calon yang memohon 500++ dipanggil untuk temuduga ialah 200++, yang diperlukan 60++… memang sekadar mencuba nasib……
Aku tak akan lupakan saat ini. Sampai bila-bila pun. Kerana inilah kali pertama suasana temuduga sebenar yang aku rasai…..
Alhamdulillah semuanya telah selesai.. keputusan akan keluar pada 8 November 2010. Rasa macam tak nak tau pun keputusannya.
Kemudian kak ma bawa kami makan dan pegi shopping di Bazar dan kompleks apa eik… lupa nak Tanya nama…. Nntilah aku follow up balik nanti. Rambang mata tengok handbag.. oh mujurla aku tak der duit time nih kalau tak mau pokai lepas balik penang hehe
Dalam jam 12.20petang kami bertolak ke Kuala Perlis hantar mak dan abah ke jeti …. Lebih kurang jam 3.00 petang sampai. Feri jam 4.00 petang so, kami pekena laksa kuala perlis sooooo sedap.. I like sangat-sangat.
Lebih kurang jam3.40 kami gerak balik….. kesian hubby nampak sangat-sangat penat. Mesti sampai rumah tumbang punya. Mujurlah irfan jadi budak baik. Tidur je kerja dia sepanjang perjalanan.
Lebih kurang jam 09.40malam kami sampai ke manjung…
Alhamdulillah, perjalanan kami selamat tanpa halangan. Lega rasanya dapat emnjejak kaki ke rumah… irfan? Herm tak sedar pun. Ambung tidur terus….
Alhamdulillah…. Esok perlu kembali bekerja….

with my mak mertua tersayang

di bazar ria after temuduga
tu yang dukung irfan.. kak ma.. tq sooo much

1 Budak Tomey:

Anonymous said...

Séchez,riche football américain au lieu de attendre au cours de
syst�me désactiver compte facebook temporairement.
servir au-dessous REM-sur des cellules hacker un compte facebook gratuitement et sans logiciel.


My blog post: comment pirater un compte facebook (www.wat.tv)

Submit Express Inc.Search Engine Optimization
Related Posts with Thumbnails

dimanakah aku?

review http://mrsaqur.blogspot.com on alexa.com