Posted by  | 10.25.2010  at 1:46 PM  

siapa salah ni?

Satu hari ketika baru saja tiba dr subang, aku singgah sekejap di Klcc.Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat barang dikedai, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level tu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pergi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah…



“Haa,camana sekarang ?”
aku blurr sekejap....
Aku pun bukannya suka sangat nak berbual dengan orang yang aku tak kenal.
apalagi kat tandas macamni.
Ntah camana,akhirnya aku balas juga
“Ok gak ler”

Kemudian suara tu bertanya lagi “Kau nak ke mana ni??”

Iskk..Aku mula rasa musykil sikit.Rajinnya mamat sebelah ni beramah mesra dalam tandas macamni. tapi aku kata

“Aku nak balik,singgah sini nak beli barang sikit”

Lepas suara tu bertanya lagi “Bila kau nak gerak ni??”

Aku selamba jer kata “Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la”.

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata “Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawap jer!!!


p/s: ......................

aik tader komen lagi?

Submit Express Inc.Search Engine Optimization
Related Posts with Thumbnails

dimanakah aku?

review http://mrsaqur.blogspot.com on alexa.com