Posted by  | 9.26.2010  at 12:34 AM  

laluan kesedihan? @ the grief path

Shock - feeling numb
Denial - it can't be happening
Illness - easily getting things like colds
Anger - it's not fair
Guilt - what should I have done differently
Depression - feeling really, really, sad
Remembering - the good times
Reality - but the person won't come back
Positive attitude - I will get on with my life
Acceptance - I have learned lots of good things from
     the person I have lost. I will keep them with me
     as I move on. Although I can't have the person,
     I can have what I have learned.

kita semua akan berasa sedih apabila sesuatu atau seseorang yang kita sayang atau ambil berat  pergi untuk jangka masa tertentu......
tetapi bagaimana pula jika sesuatu atau seseorang ini pergi dan takkan kembali lagi kepangkuan kita? bagaimana agaknya menggambarkan kesedihan ini? bagaimana agaknya penerimaan kita terhadap situasi begini?
ia pastinya satu keadaan yang amat sukar, yang mana anda pastinya akan lalui satu fenomena berbeza-beza mengikut aliran masa ... seperti sedih, marah, rasa kehilangan, rasa keseorangan dan mungkin juga enggan menerima hakikat.
bagaimana pula perasaan yang dapat diekpresikan dalam keadaan ini
'apabila seseorang yang amat dikasihi pergi menyahut seruan ILLAHI?'
sukar bukan?
tetapi kita perlu tahu, setiap sesuatu yang bernyawa tetap akan tiba masanya untuk pergi. itu ketetapan yang tidak siapapun boleh pertikaikan
kita juga tahu bahawa tubuh badan kita ini bekerja siang dan malam bagi menjaga kesejahteraan kita. namun ada masanya kita jatuh sakit juga. ini bukan perkara luar biasa. namun apabila organ-organ penting seperti jantung tak mampu lagi berfungsi akhirnya manusia akan mati.
ada kanak-kanak yang lahir dengan penyakit kongenital. sekalipun begitu ramai doktor pakar disekeliling mereka. ada sebahagian kanak-kanak tetap pergi juga. ini juga ketetapan.
ada sesetengah insan mengalami kecederaan akibat kemalangan dan akhirnya menempuhi saat-saat getir samada kecacatan atau kematian. dan kemalangan sebegini tidak mengira mangsanya umur, bangsa atau agama.
siapa yang dapat menjangka perkara buruk seperti ini akan berlaku dalam hidupnya? dan apabila sesuatu perkara yang tidak dapat dijangka berlaku, maka secara tidak sedar akan berlaku perubahan dalam episod kehidupan mereka. yang pasti setiap kita harus belajar menerima hakikat dan belajar untuk melalui setiap perubahan ini.

apa yang boleh kita lakukan disaat kita kehilangan seseorang atau sesuatu

bercakap
  • - bercakap tentang perasaan anda dan bukakan hati anda untuk mendengar dari orang lain
  • - usah mngelak dari bercakap mengenai mereka yang telah mninggalkan anda
  • -bertanyalah pada orang disekeliling anda berkenaan apa yang anda ingin tahu.

ingat
  • -ingat kenangan indah bersama dirinya
  • -simpanlah barangan kenangan atau pemberian yang boleh mengingatkan anda kepadanya
teruskan hidup anda
bukanlah bermaksud anda perlu hilangkan ia dari ingatan anda. namun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. hidup anda jangan disia-siakan. teruskanlah hidup anda sebaik mungkin. mereka yang pergi pastinya mahukan kita terus bahagia dan berjaya
  • -kesedihan adalah perlu. kenapa? kerana ia proses penyembuhan rohani. dengan kesedihan kita sepatutnya belajar menghargai. dengan kesedihan juga kita akan blajar mnerima situasi-situasi kehilangan dan kekecewaan, dengan kesedihan juga akan mulanya episod yang baru .
  • - terimalah kahikat bahawa setiap yang berlaku bukanlah hukuman tetapi hikmah. teruskanlah dengan kehidupan yang masih belum kita tahu apa kesudahannya. usah lupakan kenangan, jadikan ia sebahagian hidup yang telah mewarnai perjalanan yang kita sedang lalui ini.
p/s: pernah terbaca ayat ni suatu ketika dulu....

"Talking about your feelings and sharing memories helps children and adults to get through the sad times. Remember that if you are not getting better you need to share your feeling."

macam yang dah dikatakan sejak awal

share is care
loving is caring

aik tader komen lagi?

Submit Express Inc.Search Engine Optimization
Related Posts with Thumbnails

dimanakah aku?

review http://mrsaqur.blogspot.com on alexa.com