salam semua ...
sekembalinya aku di depan monitor ni disebabkan 1 cambahan idea yang tiba-tiba bertunas... (oh begitu berbahasanya)
maklumlah mood marking paper exam student ku belum habis lagi nih.....ada bebrapa perkara yang pada aku sangat la penting dan sebolehnya diambil berat oleh semua student2 ku itu.( bagi mengelakkan diriku ini naik angin)
pertamanya beranikanlah diri bersuara ketika guru bertanya. kalau sentiasa takut ingin mencuba, bilakah mahu berjayanya?
bila ada sesetengah mereka yang begitu bijaknya menggunakan pelbagai cara dalam mengubahsuai fakta dan pemahaman. bukan tu jer ada tu yang begitu kreatif mengubah apa yang dah molek elok diterangkan oleh guru-guru.....
ramai juga student yang kalau dapat bercuti memang tak pegang buku punya. sekalipun tahu peperiksaan akan berlangsung sebaik sahaja habis bercuti........
hidup sebagai student aku faham sangat kekadang tu stress, teringin bebas enjoy cam orang lain kat luar tu, ada masanya ada sikit-sikit jiwa malas bertandang
tetapi kena tetap beringat. hidup sebagai student kena banyak bekorban. bukan senang nak peroleh kejayaan weh.....
bila diminta buat latihan tamabahan, pasti ada saja yang mengelat. yang jadi mangsa selalunya mesti orang depan je. pandai bukan main kalu baba2 bagi alasan ni. nak bagi pandai pon susah bebudak sekarangni......
bila sampai satu masa bila dah fail baru ternganga . masa tu sapa lagi nak tolong?
biasanya bila guru meminta kita melakukan latihan tambahan adalah untuk menajamkan pemahaman kita. bukan sengaja mahu menyusahkan. tiada guru yang mahu melihata anak didiknya menempa tangga kegagalan. sebaik mungkin mereka akan cuba mencari jalan mendidik dengan cara terbaik..... Kadang ketika mengajar ada satu hal yang aku memang susah nak kawal student2 aku nih. apa dia? bab menjawab beramai-ramai. sekali bunyi dah macam langau. cuba suruh angkat tangan. autmatik semua senyap tak berkutik... macam2 peel anak-anak aku ni.....
kenapa gaknya ya suka sangat menjawab secara konvoi macam tu?takut kena cam sebab beri jawapan salah? atau begitu berharga suara anda tu takut nanti kawan-kawan lain cmburu? alahai anak-anak manja ku sekalian......
sebagai student banyak yang perlu kita pelajari, banyak juga yang kita kena buang. antaranya?
sikap malu bertanya, sikap main-main dan juga sikap kurang serius ketika di dalam kelas. untuk berjaya banyak yang kita perlu usahakan.......
Blogger Templates
aik tader komen lagi?
Post a Comment