Posted by  | 10.01.2010  at 9:05 PM  

mencari yang sempurna

assalamualaikum dan salam 1 malaysia....

seronoknya dapat buka semula blog ku ini... semput sekejap dada aku bila tenet wat hal tak kasi aku waty new post.... bukan apa dalam dok terkenang2 cerita lama, aku teringat satu kisah yang mana merujuk kepada mencari erti kesempurnaan....


dalam setiap aspek kehidupanla..
ada orang mencari kesempurnaan cinta, ada yang mengejar kesempurnaan kerja, ada pula yang mencuba berfikir apakah ada yang namanya sempurna....


aku bukan la bijak bab2 kata pujangga , atau menilai keperibadian mahupun menidakkan impian kemanusian. cumanya adakala aku mengenangkan mengapa aku juga sebahagian dari manusia yang mahukan kesempurnaan, sedangkan aku sendiri tidak sempurna.

mengapa agaknya aku sering mendamba sesuatu yang bukan hak untuk ku......
aku teringat satu alkisah ini. apabila seorang anak murid bertanya pada gurunya...

" guru, bagaimanakah kita mahu memilih pasangan hidup yang sempurna? dan baik untuk kita?"

maka guru tersebut terdiam sejenak... menelek cara apa yang harus diterangkan pada anak muridnya agar dia faham tentang erti kesempurnaan yang sedang dicarinya itu

"kamu lihat ke padang itu"
tunjuk guru pada anak muridnya itu

"kamu pergi berjalan disepanjang padang itu, dan carilah kamu rumput yang paling cantik dan jangan kamu berpaling ke belakang, selagi kamu tidak sampai ke hujung padang"

maka anak murid itu dengan patuh pergilah berjalan disepanjang padang tersebut. mencari rumput yang paling cantik dimatanya. namun setelah hampir setengah padang masih tiada rumput yang dipetiknya...
akhirnya sampailah dia ke hujung padang tersebut.

akhirnya anak murid itu kembali ke gurunya dengan tangan kosong. bertanyala si guru tersebut

"mengapa tiada satupun rumput yang kamu petik?"

anak murid itu pon menjawab
"sebab terlalu banyak rumput yang cantik. apabila saya tengok satu rumput, kemudian ada lagi rumput yang lagi cantiki. tapi apabila sudah sampai di hujung padang, saya tak dapat petik satupun rumput. hendak berpatah balik tetapi kata guru tadi saya tidak boleh menoleh ke belakang. jadi tak bolehlah saya memetik rumput yang cantik tu"

si guru hanya tersenyum kecil....

"anak ku, begitulah juga ibaratnya kehidupan ni. setiap kali kita bertemu yang cantik, yang indah, yang baik pasti kita akan kemudiannya ternampak lagi yang lebih baik.... namun akan tiba satu saat apabila kita sudah melepasi sesuatu saat , kita takkan ada peluang untuk kembali."

anak murid itu termenung memikirkan kata-kata gurunya itu
sambung guru terbabit
"adakalnya kita perlu bersyukur dan menerima apa yang telah ditetapkan untuk kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita"

kata guru itu lagi dan berlalu meninggalkan anak muridnya untuk berfikir tentang kata-katanya itu.

2 Budak Tomey:

AiN said...

~~hmm..btol jgk..kdg2 manusia memg xpenah bersyukur..dh ad tp still nak yg lg baek..memg xdinafikan benda2..yg penting..sume dh ditentukanNya..pasrah dan redha..terima seadanya..heee

pN.rOs said...

@NURUL


yezza .... tapi manusia mana mau ngaku kan huhu...

Submit Express Inc.Search Engine Optimization
Related Posts with Thumbnails

dimanakah aku?

review http://mrsaqur.blogspot.com on alexa.com