Posted by  | 10.08.2010  at 4:19 PM  

ujian personaliti 3

pOn pON....
another ujian untuk korang....
aku memang sangat suka bab-bab macam ni....
best and menarik

kali nih untuk merialisasikan ujian ni korang kena tenangkan jiwa dan minda.... sebab ujian kali ini perlukan kita membuat bayangan ....

orait let do it... (ececeh)

PERLUKAH BEGITU STRESS??? NO NO TAK PERLU.. RILEKS K =>

SITUASI : Bayangkan ada sekarang berada ditengah-tengah hutan tebal, ketika anda berjalan-jalan dalam hutan tebal tersebut anda melihat sebuah rumah(pondok) usang dan anda menghampiri pondok tersebut:

Soalan :
1 . Ketika anda sampai di rumah usang tersebut, pintu rumah tersebut
• terbuka
• tertutup

2. Anda masuk ke dalam rumah tersebut lalu anda terlihat sebuah meja, meja tersebut berbentuk
• bulat
• bujur
• segiempat
• segitiga

3. Diatas meja tadi terdapat sebuah pasu, dalam pasu tersebut
• berisi dengan air sepenuhnya
• berisi dengan air – separuh
• kosong

4. Pasu tersebut diperbuat dari
• kaca
• porselin
• tanah liat
• besi
• kayu

5. Kemudian anda keluar dari rumah usang tadi, anda meneruskan perjalanan sehingga sampai di sebuah air terjun. Berapa laju air terjun itu?
• Beri skala 1-10

6. Anda meneruskan perjalanan, tiba-tiba anda terpijak sesuatu yang keras anda melihat kearah objek tersebut dan rupa-rupanya sebuah key chain. Berapa banyak kunci pada keychain tersebut?
• Skala 1-10



7. Walaupun penat, anda meneruskan perjalanan sehingga anda terjumpa sebuah istana. Keadaan istana tersebut?
• Baru
• Lama

8. Anda masuk ke dalam istana tersebut, anda lihat terdapat sebuah kolam yang keruh/kotor airnya tetapi terdapat banyak barang kemas di kolam itu. Adakah anda akan ambil barang kemas tersebut?
• Ya
• Tidak

9. Bersebelahan dengan kolam yang airnya keruh/kotor tadi, terdapat sebuah lagi kolam yang jernih airnya. Kolam ini pula dipenuhi dengan duit terapung dipermukaan air kolam yang jernih ini. Adakah anda akan kutip duit tersebut?
• Ya
• Tidak

10. Disebelah bertentangan dengan anda terdapat sebuah pintu keluar, anda berjalan keluar dari melalui pintu tersebut. Diluar istana tersebut terdapat sebuah taman yang luas, anda terlihat sebuah kotak ditengah-tengah taman tersebut. Apakah saiz kotak tersebut?
• Kecil
• Sederhana
• Besar

11. Kotak tersebut diperbuat daripada apa?
• Kadboard
• Kertas
• Kayu
• Besi

12. Anda berjalan-jalan dalam taman tersebut sehingga sampai disebuah jambatan. Jambatan tersebut diperbuat daripada?
• Besi
• Kayu
• Rotan

13. Diseberang jambatan sana terdapat seekor kuda. Warna apa kuda tersebut?
• Hitam
• Kelabu
• Putih
• Coklat

14. Kuda tersebut sedang…
• berdiri ( tak de buat pape la maksudnya)
• makan
• berlari-lari

15. Oh…tiba-tiba taufan melanda menghampiri kearah kuda tadi…
Anda ada 3 pilihan
• menyorok dalam kotak ditaman tadi
• menyorok bawah jambatan
• terus menghampiri kuda tadi anda tunggang kuda bersama-sama anda untuk melarikan diri.

sudah siapkah? tak sabar nak tau jawapan? jum usha jawapannya........................................................................................................................................................................................................................




1. Pintu terbuka/tertutup• Pintu Terbuka – anda seorang yang suka berkongsi dengan pasangan anda
• Pintu Tertutup – anda lebih suka untuk menyimpan dan tidak gemar berkongsi apa yang anda fikirkan

2. Bentuk Meja• Bulat/Bujur – Walaupun anda baru berkawan(tidak kira siapa) anda mempercayai mereka sepenuhnya
• Petak – Anda agak memilih kawan dan lebih gemar untuk bergaul dengan kawan yang sekepala dengan anda
• Segitiga – anda sangat memilih untuk berkawan dan anda tidak ramai kawan

3. Air dalam pasu
• Kosong – Hidup anda kosong dan tidak dipenuhi dengan apa yang anda hendaki
• Separuh Penuh – Separuh dipenuhi
• Penuh -Hidup anda penuh dan banyak apa yang citakan telah dicapai

4. Pasu• Kaca/Tanah Liat/Porselin – anda lemah
• Besi/Plastik/Kayu – anda seorang yang kuat

5. Kelajuan Air Terjun
• 0-4 – Low sex drive
• 5 – Average
• 6-10 – High

6. Bilangan Kunci• 1-5 – Terdapat hanya sedikit kawan baik dalam hidup anda
• 6-10 – Anda mempunyai ramai kawan baik

7. Istana• Lama – Hubungan Percintaan terakhir anda tidaklah begitu baik dan tiada apa yang anda ingat mengenainya
• Baru – Hubungan terakhir anda sentiasa anda ingati

8. Barang Kemas dalam Kolam Kotor
• Ya – Walaupun pasangan anda bersama anda, anda masih menggatai dengan orang lain(jeling-jeling ke,skodeng-skodeng ke)
• Tidak – Apabila anda bersama dengan pasangan anda, anda hanya memberi tumpuan kepadanya

9. Duit dalam Kolam Bersih/Jernih• Ya – Anda menggatai dengan orang lain apabila pasangan anda tidak bersama dengan anda
• Tidak – Anda setia walaupun pasangan anda tiada disisi anda

10. Saiz Kotak• Kecil – Sifat Ego yang renda
• Sederhana – Sifat Ego Biasa
• Besar – Ego yang tinggi

11. Kotak diperbuat
• Cardboard/Kertas/Kayu – Anda seorang yang merendah diri
• Besi – Bangga diri

12. Jambatan diperbuat• Besi – Membuat hubungan yang rapat/kuat dengan kawan-kawan
• Kayu – Biasa-biasa sahaja
• Rotan – Tidak berapa bagus hubungan anda dengan kawan-kawan

13. Warna kuda• Putih – Pasangan anda begitu bermakna dalam hidup anda dan sentiasa dihati anda
• Coklat / Kelabu – Pasangan anda hanya biasa-biasa dihati anda
• Hitam – Pasangan anda tidaklah begitu berada dihati anda

14. Kuda sedang…• Berdiri/Makan – Pasangan anda seorang yang merendah diri dan sopan
• Berlari-lari – Pasangan anda seorang yang liar

15. Taufan datang• Menyorok dalam kotak – Apabila ada masalah anda lebih senang simpan sendiri
• Menyorok bawah jambatan – Anda mencari rakan-rakan apabila mempunyai masalah
• Lari bersama-sama dengan kuda – Anda lebih senang mencari dan berkongsi masalah dengan pasangan anda



p/s:
woooops... what the test says about you?
rileks la, ini adalah soalan yang direka oleh manusia juga. sekalipun yang merekanya adalah ahli psikologi atau pakar jiwa sekalipun. tidak akan mungkin 100% benar and tepat. entah-entah tak benar sama sekali...
so pada aku, aku share ni supaya ia boleh menyantaikan hari-hari anda k....
komenla kalu ada apa-apa....

5 Budak Tomey:

nazwin said...

hehe.. can say that 70% is accurate .. =)

pN.rOs said...

@nazwin
wow... impressive hehe
pada saya pun macam related gak...

zuera said...

haha..bes2...

deqla manjew said...

wahh...ade persamaan jgk la...thx 4 da info!

Ainul Hayat said...

Hampir betul kesemuanya. HEHE

Submit Express Inc.Search Engine Optimization
Related Posts with Thumbnails

dimanakah aku?

review http://mrsaqur.blogspot.com on alexa.com