Posted by  | 11.12.2010  at 3:10 AM  

ujian saringan HIV sebelum perkahwinan

teringat pula zaman muda-muda masa proses memohon untuk menikah. eh macam tu ke ayatnya? masa aku kahwin dulu prosedur ujian saringan HIV untuk bakal pengantin ni belum di wajibkan lagi. tak silap aku aku masa tu negeri-negeri yang wajib ialah Perak, Kelantan dan Terengganu (kalau tak silap, yang pasti Perak WAJIB).
kelakar pun ada sebab ada insidens lawak berlaku masa ni.
hubby aku kan orang Kedah. so, kat sana tak wajibkan ujian ni. tapi bagi menyenangkan kerja, my hubby ambil ujian tu kat sana.
tapi kena submit result kat Perak masa nak daftar tu.
masa tu baru tau yang ujian yang hubby aku buat kat HOSPITAL KERAJAAN tu tak laku kat Perak hehheh...
kenapa?

saja kasi gempak
sebenarnya untuk prosedur nikah kahwin punya ujian saringan HIV tu kena guna pakai borang khas yang diambil di Jabatan Agam. di Kedah memang tak wujud lagi borang ni masa ni. so kena buat sekali lagi ujian tu selepas dapatkan borang di JAP.
ok ni aku nak cerita sikit tentang carta alir ujian saringan ni

ni aku dapat dalam satu laman web masa proses men'google'.... dalam bentuk PDF. cari resource tak jumpa ...
ujian ni ambil masa sebenarnya tak sampai sejam pon. memang sekejap je untuk dapatkan keputusannya.

PERSOALANNYA
sekiranya ujian menunjukkan keputusan POSITIF dan setelah ujian lanjut dilakukan juga POSITIF...
apakah anda akan tetap teruskan perkahwinan anda tu?
kenapa?

semasa saya praktikal di ......... dulu
memang ramai pasangan yang salah seorang mereka positif HIV meneruskan niat untuk berkahwin. sememangnya sebelum perkahwinan diteruskan pasangan yang disahkan postif samaada salah seorang atau keduanya akan lalui kaunseling. namun keputusan jarang berenjak.....

aku tidak sekali-kali meletakkan prejudis kat sini terhadap penghidap HIV ya.
sebab kita wajib tahu bukan semua mereka mendapatnya akibat kesalahan mereka.
sekiranya dapat atas kesalahan mereka pula, mungkin mereka telah insaf.
jadi persepsi buruk perlu kita tolak ketepi bukan?
namun seramai mana yang sanggup menerima keadaan ini?
apa pandangan peribadi anda?
kongsi di sini ya...

aik tader komen lagi?

Submit Express Inc.Search Engine Optimization
Related Posts with Thumbnails

dimanakah aku?

review http://mrsaqur.blogspot.com on alexa.com