Posted by  | 9.24.2010  at 1:16 AM  

belajar?mengantuk? cara mengatasinya

Mengapa Mengantuk Apabila Belajar?
Belajar? Oh tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ini biasa kita dengar atau kita juga mungkin pernah lalui. Apa lagi saat-saat akhir menempuh hari peperiksaan. Ditambah pula ‘warggghhhh, mengantuknya’ sebaik sahaja helaian pertama buku dibuka.
‘macamana ni? Exam tinggal berapa hari sahaja ni’ mulalah gelabah dan tunggang langgang cari apa yang boleh mnyengkang mata
Atau ‘apa yang cikgu dok membebel tu.....? mengantuknya’ dengan kuapan yang sudah 2,3 kali dalam seminit.....
Di sini aku sekadar berkongsi apa penyebab kita mudah rasa mengantuk dan tips2 mudah mengatasinya.....
Tidak cukup tidur. Ini memanglah punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1.00 pagi. Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal. Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan ber-IRC (chit chat) di internet sehingga pagi.
Kalaulah ini masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup anda. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia. Kalau anda tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka anda juga perlu ubah tabiat buruk ini. Ingat pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang ‘study smart’ bukan semata-mata ‘study hard’.
Tidur yang berlebih-lebihan. Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda mengantuk. Kawan-kawan semua nak tahu berapa jamkah sehari yang diperlukan untuk tidur dan merehatkan tubuh? Herm.... Cuma 6-8 jam. Jadi dapatkanlah tidur yang baik dan mencukupi. Usahlah berlebih-lebih
Makan terlalu banyak. Ini juga merupakan satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan maka perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan anda akan mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulangkaji. Apa kaitannya? Bila banyak oksigen digunakan untuk memproses makanan tadi maka oksigen ke otak akan sedikit berkurangan dan ini mengundang rasa mengantuk. Sebab itulah sebaiknya makan secara berpada-pada. Cukup sekadar kenyang sahaja. Dan sebaiknya berehat seketika sebelum mengulangkaji pelajaran bagi mngelakkan rasa mengantuk. Tapi ingat kawan-kawan berehat tidak bermaksud tidur ye....

Badan terlalu letih. Beraktiviti sepanjang hari? Herm badan anda terlalu letih juga akan menyebabkan rasa mengantuk. Kalau anda ada masalah mengantuk cuba anda ingat kembali aktiviti yang telah anda lalui di siang hari. Ada ketikanya anda bersukan atau beriadah secara keterlaluan. kebanyakan aktiviti bersukan yang berlebihan memerah keringat dan membuatkan anda keletihan.
Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena betul. Perbaiki matlamat anda beriadah. Anda beriadah untuk membolehkan anda segar pada waktu malamnya bagi menelaah pelajaran. 20 – 30 minit sehari adalah mencukupi.
Pastikan anda tidak kesuntukan masa. Pastikan anda tetap segar dan tidak mengantuk dimalamnya. Hakikatnya beriadah atau bersukan secara sihat akan mendatangkan rasa segar di waktu malamnya.
Tiada minat belajar. Alamak!! Masalah ini adalah alasan paling kerap diberikan oleh ramai pelajar. Sebelum saya pergi lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan BELAJAR manakah yang wujud terlebih dahulu? Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh-pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna, markah yang tinggi dan sebagainya.
Maka anda sendiri perlu tanamkan minat itu di dalam diri.....
Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran:
• Lihat seimbas kesemua muka surat yang anda akan baca. Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal anda baca. Dapatkan satu gambaran yang menyeluruh terlebih dahulu.


Perhatikan perkara-perkara yang berikut:
o Tajuk-tajuk kecil – dapatkan perkaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain.
o Rajah-rajah.
o Jadual.
o Carta.
o Peta.
• Baca perenggan bahagian pendahuluannya.
• Baca perenggan bahagian penutup atau kesimpulannya.
• Yang terakhir barulah baca ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan secara terperinci.

Membaca hanya satu hala. Ramai pelajar yang membaca dan mengharapkan ‘input’ semata-mata. Mereka mengharapkan melalui pembacaan setiap maklumat disuap dari buku ke dalam minda. Proses membaca begini ialah proses sehala dan ia cukup menjemu dan membosankan. Hrm... ini lebih kepada menyuap semua data ke minda tanpa tapisan. Anda perlu berinteraksi secara interaktif antara anda dan buku yang dibaca. Lebih kurang bginilah dalam kata kasarnya: interaksi 2 hala. Berikut antara cara yang boleh anda cuba untuk dapatkan interaksi 2 hala dengan pembacaan anda:
     Dapatkan 10 – 20 soalan berkaitan tajuk yang mahu anda baca sebelum anda membaca teksnya. Fahami kehendak soalan ini. Apabila anda membaca kelak anda pasti menemui jawapan kepada soalan dan ini pasti meningkatkan tumpuan dan minat anda.

     Sentiasa tanya diri anda sebarang soalan yang bermula dengan Apa? Siapa? Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? dan Bagaimana? Ini membuatkan anda sentiasa mencari maklumat bukan sekadar mengharapkan maklumat itu tersedia untuk anda.

     Selepas satu perenggan atau satu muka surat…. berhenti sejenak. Tanyakan diri anda sekali lagi tentang apa yang telah anda ketahui sebentar tadi.
·         Cuba lakar-lakarkan pada sehelai kertas rajah atau fakta-fakta penting yang anda ketahui. CUba ceritakan semula pada diri anda apa yang telah anda baca. Ceritakan dalam suara yang boleh didengar oleh telinga anda sendiri. Dengan cara ini anda menggunakan bahagian otak yang lain untuk memproses maklumat.
Buat nota ringkas. Yang ini rasanya sangatla penting. Cuba kenal pasti kata kunci (lihat artikel terdahulu) dan ringkaskan setiap fakta penting ke dalam bentuk nota ringkas. Dengan melibatkan lebih banyak deria dalam satu-satu proses membaca membuatkan anda rasa seronok. Tambah pula dengan penggunaan pen yang berwarna-warna. Minda akan lebih cepat merakam penggunaan warna-warna yang berbeza....
Ok tak entri kali ni...
Rasanya begitu ilmiah wah wah wah



aik tader komen lagi?

Submit Express Inc.Search Engine Optimization
Related Posts with Thumbnails

dimanakah aku?

review http://mrsaqur.blogspot.com on alexa.com