salam semua....
malam ni malam ahad... tapi tetiba teringat kisah malam jumaat
ADA APA DENGAN MALAM JUMAAT?
zaman aku budak-budak dulu (darjah 6 ke bawah)
selalu je kena sakat kalau pergi ngaji hari khamis malam jumaat. kono ada hantu lah, jermbalang la. orang-orang vateran tu la yang rajin sangat menyusahkan hati aku time tu. dah la memang spesis pengecut aku nih....
pastu yang aku tak paham kenapa mesti ada pokok besar yang nampak menyeramkan. klise je kan? tapi memang ada pun pokok tu.
asal balik ngaji , aku ni memang penakut tak kira malam apa pun mesti cabut laju-laju time lintas pokok tu (kelakor je)
kenapa kita takut (kita ke? maksud aku budak-budak) bila tiba malam jumaat?
siapa yang memula bawak cerita hantu segala keluar time malam jumaat ni?
kiranya malam lain tu hantu tidur ke apa?
tak paham gak aku.
bukan ke malam jumaat tu MALAM AFDHAL...? ececeh... terutama untuk pasangan yang dah berumah tangga.....
zaman moden ni pun still percaya pegangan tu betul tak?
tak caya?
cuba buka tv3 khamis malam jumaat
cerita apa?
cerita seram kan?
persoalannya... kenapa kena malam jumaat? kenapa bukan malam isnin ker, malam selasa ke?
kenapa? kenapa?
p/s: kalau ada wakil pihak tv3 silakan jawab......
aik tader komen lagi?
Post a Comment