salam sabtu semua....
apalah agaknya aktiviti korang cuti-cuti ni kan? adakah hujung minggu yang best ataupun ada kenangan-kenangan pahit yang mengisi cuti hujung minggu ni...
apapun, aku doakan semua akan sentiasa berfikiran positif. sebab kalaupun ada sesuatu kejadian yang tidak baik, mungkin ada hikmah tu...
apakah itu? perkataan keramat apalah agaknya itu? makanan kah? kata-kata madah kah? tariankah? ohhhhh ade ker orang tak pernah dengar perkataan tu? cam pelik pulak kalau ada manusia yang berbahasa melayu tak pernah dengar.
yang aku teramat pasti adalah , adanya orang yang fobia dengan perkataan keramat tu... hehehe
aku? no no no.... aku tak fobia pun (untuk masa ni lah haha)
kadang-kadang aku tak paham, penting sangatker untuk kurus sampai macam-macam yang akan cuba dilakukan demi untukl kelihatan kurus
KURUS ITU CANTIK
iaker? cantik ke?
pada aku. kecantikan sangat subjektif. tapi aku juga tak nafikan yang aku tak ada hak untuk tentukan persepsi individu. kalau pada pandangan korang kurus itu cantik so be it...
tapi kalau sampai amalkan gaya hidup negatif hanya untuk kecantikan sementara tu aku rasa aku memang tak sokong... (my pendapat ok. korang, aku tak tau)
ramai sebenarnya icon2 tersohor yang jadi mangsa akibat mahukan tubuh yang kurus.......
siapa? korang boleh google sendiri lah ye.
sebenarnya kat sini aku nak kongsikan tips-tips menguruskan badan... (macam expert je)
1. kurangkan nmengambil nasi dan makanan berlemah
2. lakukan senaman secara regular
lor semua pun tahu kan? apa daaaa
tapi hakikatnya itulah cara terbaik. kerana disiplin adalah paling pening kalau mahu kurus....
anyway, kat bawah ini ada lagi tips-tips berguna yang boleh diamalkan.
- nak makan malam? boleh. ambillah makan malam pada jam 7 dan kebawah. senang kata sebelum 7 petang. kerana pada waktu malam kadar metabolisma badan mula menurun. dan makanan akhirnya akan disimpan sebagai lemak bukannya tenaga
- pil diet, jus kuruskan badan? oh no... jangan terpedaya .... nanti beli mahal2 duit habis, badan still macam dipam-pam
- dapatkan nasihat pakar sebelum membeli barangan menguruskan badan. elakkan diri dari menjadi mangsa iklan2 di TV tu
- tetapkan matlamat, berapa berat yang mahu anda turunkan dalam jangkamasa tertentu. lebih baik kalau ditetapkan 0.5-1 kg seminggu dari turun secara mendadak. why? kerana kalau berat badan boleh turun mendadak maknanya ia juga boleh naik mendadaki
- rajinkan diri lakukan senaman secara berkala. segan keluar rumah? jangan jadikan alasan. kat rumah pon boleh lakukan senaman contohnya sit up. kalau dapat ke gym pasti lebih baik. selain itu, berjalan-jalan secara sihat mengelilingi taman juga boleh.
- positifkan diri. jangan paksa diri anda mencapai apa yang anda tak mampu dalam masa yang singkat. letaklah target yang logik.
- 1 lagi tips yang sangat-sangat penting...... jangan terlalu kerap menimbang berat... ni tidak setiap hari nak timbang. macamana nak nampak perbezaannya. dan ia akan lebih mengecewakan kalau berat badan masih di takut itu. akhirnya minda negatif akan melemahkan semangat korang.
- beri ganjaran kepada diri anda bila sudah capai matlamat anda. contohnya mengambil 1 bar coklat yang sedap. jangan risau sekali sekala ia tidak akan memberi kesan. janganlah pual sekali ambil seguni. itu saja cari malapetaka namanya....
nak jadi kurus ke gemuk ke itu semua pilihan kita. kalau lah seseorang yang telah alami o\besiti mengatakan ini bukan kemahuannya. hakikatnya, kita semua boleh kawal semua tu. pemakanan kita, gaya hidup. tu semua bergantung kepada kita. tak ada orang lainp\un yang tolong makan untuk buatkan kita obes, tak akan ada sesiapapun yang boleh tolong bersenam untuk buat kita langsing. betultak?
so tepuk dada tanya selera......
p/s: peace no war
aik tader komen lagi?
Post a Comment