oooo sungguh ayulesung pipit dipipi....
herm coret entri kali ni sambil-sambil dengar lagu ni ... pernah dengar?
memang tidak dinafikan pon, memang ramai yang mengiyakan pendapat yang terkandung dalam lagu tu kan?
bahawa gadis berlesung pipit usually cantik tertarik menarik betultak? ada yang tidak bersetujukah?
oppppsssssssss tidak bermaksud mengaku diri aku nih tergolong dalam golongan cantik menawan ni ya. /blush
yang cuba nak aku kongsikan adalah lesung pipit ini hakikatnya merupakan satu kecacatan . ia berlaku akibat dari sedikit kecacatan pada otot tak kiralah dimana ia berada.
cumanya kita lebih alert apabila ia berada di wajah kan?
kebiasaanya lesung pipit yang kita perhatikan tu adalah di pipi (macam preity zienta)
atau di dagu (macam Dato' Siti Nurhaliza)
lesung pipit terjadi akibat daripada pemendekan/kependekan pada otot. sebab itulah pada keadaan rehat kebiasaannya lesung pipit tidak kelihatan.kenapa?
kerana dalam keadaan rehat sememangnya otot kita lebih pendek jika dibandingkan apabila menunjukkan reaksi yang jelas.
lesung pipit akan jelas apabila seseorang itu senyum atau melakukan reaksi tertentu.
itu baru penceritaan tentang otot,
jika disentuh mengenai faktor genetik pula ia lebih menarik. kerana lesung pipit merupakan dominant trait. apa tu?
soalan lagi hehe...
ia adalah keadaan diman cukup dengan hanya satu genes untuk menampakkan lesung pipit pada pemilik.
sekiranya ibu dan ayah kedua-duany tidak mempunyai lesung pipit, automatik anak tidak akan ada, kecuali berlaku mutasi spontan pada otot wajah anak terbabit. ajaibkan?
kalau salah seorang ayah/ibu memilki lesung pipit kebarangkalian anak akan ada ialah 25-50%
kalau kedua ibu dan ayah ada keberangkalian anak akan ada ialah 50-100%
menurut kajian juga lesung pipit boleh hilang dengan meningkatnya usia kerana 'stretch out' / meregang betulke tranlation tu?
lesung pipit dimuka aku ni masih dalam dan jelas sebab muka aku ni selalu jer masam kot. so otot kurang meregang ... eh ye ke tu haha
oh satu lagi, ada sesetengah individu yang taksub dengan lesung pipit ni sampai buat pembedahan membuat lesung pipit. betul, tak tipu.
prosedurnya hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit.
kosnya? USD300 dan ke atas untuk sebelah sahaja.maknanya USD 600 untuk dua belah...
sanggupkah korang untuk kelihatan cantik ?
betulke cantik kalau ada lesung pipit?
aik tader komen lagi?
Post a Comment