Showing posts with label berKongsi CEriTa bErita. Show all posts
Showing posts with label berKongsi CEriTa bErita. Show all posts
Posted by  | 11.09.2010  at 10:56 PM  

nong poy wanita cantik Thailand

cantikkah wanita ini?

siapakah dia? kenapa ada yang pertikaikan kecantikannya? ayuh kita selami kisah hidupnya.....




melihatkan kecantikannya memang tidak dinafikan. ramai yang tidak akan mempercayai hakikat bahawa wanita ini sebenarnya adalah seorang lelaki.


Treechada Nong Poy Marnyaporn
dilahirkan pada: 5 okt 1986
dilahirkan sebagai lelaki dan telah menjalani pembedahan menukar jantina pada usia 17 tahun
sejak kecil lagi sememangnya beliau melihat dirinya sebagai perempuan tetapi berperwatakan lelaki di hadapan ibu dan bapanya......
katanya, dirinya begitu tidak gembira dengan alat kelaminya. akhirnya tekad menjalani pembedahan tersebut. 












Pada usia 19 tahun Poy telah memenangi 

Miss Tiffany's 2004 dan Miss International Queen 2004

di atas adalah gambaran sebenar prosedur pembedahan penukaran jantina. 
p/s: ia bukan gambaran sebenar pembedahan ke atas Poy. harap maklum ya


sebaik sahaja menjalani pembedahan terbabit. Poy mengatakan dirinya merasakan seperti baru dilahirkan semula. pembedahan tersebut adalah amat menyakitkan. namun dengan segala yang dicapainya kini, katanya ia sangat berpuas hati.........




p/s: seandainya entri kali ini agak tidak boleh diterima silalah berikan pendapat di kotak komen ya....
sumber: emel dari seorang kawan
Posted by  |   at 3:06 PM  

cokelat yang sangat ......

cuma mahu berkongsi gambar-gambar yang sangat cantik. terutama bagi peminat cokelat yang sangat cantik.
oh lupa nak bagitahu, aku sangat sukakan makanan-makanan yang berhias cantik. sedari kecil lagi memang aku diajar untuk menyukai makanan yang terhias cantik. kalau tak sah aku tak sentuh punya makanan-makanan tu huhu.....
tak caya? tanya mak aku hehe
jum sama-sama jamu mata ....




hayatilah keunikannya yang so MARVELOUS












p/s macamana? menarik tak? /hmm
aku sangat suka cokelat..... bertuah dapat orang Langkawi heheh

Posted by  | 11.07.2010  at 11:22 AM  

sesiapa yang selalu bercuti di INDONESIA berhati-hati

nak berkongsi satu emel yang aku perolehi lewat minggu lalu...
berkenaan santapan yang nampak begitu menyelerakan 


nampak sedapkan? seperti ayam goreng yang dipotong halus.
macam puyuh goreng pon ada kan?
tapi sebenarnya apakah makanan ini?
jum sama-sama kita lihat proses penyediaannya....




pertamanya tikus tersebut perlu dibakar bagi menghilangkan bulu-bulunya
 kemudia, dipotong kecil-kecil..... memang tak kelihatan dah kan ketikusannya?
 diperap dengan rempah ratus yang disediakan untuk digoreng
 nah, siap sedia untuk digoreng
at last.... TADAAAAAAAAAAAAAAAAAA 


p/s: tapi bukan semua gerai di Indonesia begini. harap maklum ya...
seperti disini Indonesia juga ada non-Muslimnya. ada sesetengah individu di sana yang memakan tikus sawah
inilah yang cuba saya perkatakan...
kepada all muslim yang ke sana just hati-hati dan tanya kan dulu apa yang anda mahu order or makan ya...
sekadar berkongsi.....





Posted by  | 11.06.2010  at 3:05 PM  

my blog dah overweight

tolonggggggggg
berat blog pN.rOs dah terlebih sudah. apa sudah jadi?

dah buang banyak widget tapi still overweight. yang hairannya 2 hari lepas berat blog baru 86kb tapi hari ni naik pula. dan pnrOs tak tambah widget pon?
kenapa ya?
ada sesiapa yang ada penyelesaian . tolonglah ....
patutlah blog ni macam slow sangat loadingnya .
kepada sesiapa yang sudi bantu silalah kemukakan pendapat anda ya...
jasa anda amat saya hargai
Posted by  |   at 2:12 AM  

RM100

Kisah tauladan mengenai hidup dan kehidupan….
Bacalah dengan hati terbuka


Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,
“Siapa yang nak duit ini?”.
Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.
“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”
Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,
“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.
“Baiklah,” jawabnya,
“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.
OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.
“Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.
Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..
Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.
Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.
Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri.
Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.
Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.


p/s: anda merasakan kehidupan anda bagaimana? /hmm
alamak lupa taruk contoh kat duit masa post kelmarin. terima kasih kepada cikgu cat sebab ingatkan....


Posted by  | 11.02.2010  at 6:08 PM  

pengguna BLOGSPOT perhatian

assalamualaikum....
pagi-pagi sudah ada berita yang menghangatkan hati aku nih.....
tdi masa jalan-jalan kat belog2 yang bukan main ramai banyak aku terjumpa blog ni... zaerr.com.blog jadi tumpang-tumpang belajar..... and know what? /omg
baru aku tahu rupanya pelbagai agenda yahudi laknat ni untuk sesatkan manusia kat muka bumi ni

halooo halooo kepada semua pengguna blogspot.com cam aku ni ha mari sama-sama baca.
kalau kita google bila kita tersalah 1 words pon mesti akan terpapar ''YOUR SEARCH DID NOT MATCH ANY DOCUMENT'' betul tak? mesti betul punya coz aku selalu silap camtu.
masa kita nak taip url blog kita ada 3 perkara yang terpisah oleh . {dot} kan iaitu 1. namablog 2.blogspot 3.com

faktanya disini ilah

BETUL: http://namablog.blogspot.com
SALAH: http://namablog.blogpot.com

sama tak? /hmm
tak sebenarnya tengok sekali lagi.....
tuuuu pada perkara ke 2 iaitu blogspot... pada yang salah itu ia bukan blogspot tp blogpot nampak tak?
no S kat situ

cuba anda taip di enjin carian anda apa yang akan anda temui

jumpa apa tu? ini yang akan korang jumpa: Ia merupakan salah satu page site yang menceritakan tentang kebenaran kitab BIBLE dalam kaum yahudi.Korang scroll sampai bawah dan lihat ape yang korang jumpe? ''ARE U READY TO MEET JESUS?''


ketahui la para sahabat. begitu banyak propaganda yang cuba pesongkan akidah kita
hati-hati ya.

nota kaki: hati-hati ketika masukkan url.... bukan apa silap taip ja termasuk ke web tu makin bertambahla trafik ke sana....
saling ingat mengingati .... sebarkan ya

Posted by  | 10.25.2010  at 8:26 PM  

betul ke dara?

“Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian pelbagai aspek
tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi.
malahan kata orang juga tapak tangan juga boleh melihat status dar aseseorang gadis
owhhhh iya kah
mari sama-sama kita renung-renungkan

segera perhatikan tanda-tanda ini:

  • Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara. Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut.
  • sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut. Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal.
****Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar.
  • Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci.
  •  Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu anda banya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara.Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi.
  • Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah memegang jari kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan. Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan.Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.

Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis-garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat.
Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan memberi sebarang kesan terhadap diri anda. 

p/s: 
Posted by  | 10.21.2010  at 9:31 AM  

dendam isteri apa kata anda?

/hmm sebenarnya aku pon bukanlah bijak mana nak cerita tentang isu derhaka, dendam atau apa yang boleh kita kaitkan dengan isu hari ni. sebab pada aku itu adalah begitu menyentuh sensitiviti. tapi hati aku terdetik lepas dengar di satu stesyen radia terkemuka pagi ini berkenaan isu masalah rumahtangga ni.....
ada seorang wanita telefon dan berkata (mengadu la kot lebih tepatnya)
"saya sakit hati dengan kelakuan suami saya kerana dia main luar dan kurang memberi perhatian kepada saya dan anak-anak. kemudian saya pon pasangla boyfriend luar. bukanlah kerana saya menginginkan sangat lelaki tetapi kerana niat membalas dendam terhadap suami" /omg


wajarkah sampai begitu sekali hanya kerana dendam kepada suami?
betulkah bgitu caranya mengadakan kesedaran di hati suami?
bagaimanakah kepercayaan kita pada ketentuan dan pegangan kita pada tali agama?
sebenarnya terlalu banyak persoalan yang timbul di benak aku saat aku mendengar perbincangan mereka........ kecewa pon ada. kenapa? kerana aku rasa adakalanya wanita begitu mudah dipengaruhi nafsu dan rangsangan kepuasan hati mereka. saya juga takut sekiranya aku juga bakal tergolong dalam golongan mereka . nauzubillah..



maka apa yang wajar kita buat?
sekiranya suami mula main kayu tiga?
atau bila suami mula mencari arah sendiri tanpa melihat kepentingan anak isteri.....
??????
sebab kita semua ada cara sendiri
/blur
Posted by  | 10.12.2010  at 4:48 PM  

senarai kriteria lelaki idaman

membaca tajuk sahaja rasanya sudah tahu gender mana yang ditujukan senarai ini kan?
apa-apapun tak la pula dihadkan pembacaan nya ya haha



Lelaki idaman – senarai original
1. Tampan
2. Charming
3. Sukses kewangan
4. Seorang pendengar yang baik
5. Jenaka
6. Badan tough
7. Bergaya
8. Menghargai
9. Suka buat surprise


Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 32 tahun
1. Nice looking
2. Membuka pintu kereta, memegang kerusi
3. Apakah cukup wang untuk makan malam yang menyenangkan
4. Mendengar lebih daripada perbualan
5. Ketawa dengan lawak bodoh saya
6. Belanja dengan mudah
7. Memiliki kad kredit sekurang-kurangnya satu
8. Menghargai sebuah rumah-memasak makanan
9. Mengingati hari ulang tahun perkahwinan dan hari jadi saya semestinya

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 42 tahun
1. Tidak terlalu buncit
2. Pekerjaan yang stabil
3. Mengangguk ketika aku bicara
4. Apakah dalam keadaan cukup baik untuk menyusun semula perabot
5. Mengenakan kemeja yang menutupi perutnya
6. Rajin bercukur

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 52 tahun
1. Menjaga bulu dalam hidung dan telinga dipotong
2. Apakah tidak bersendawa atau menggaru di depan public
3. Tidak terlalu sering meminjam wang
4. Apakah tidak mengangguk tertidur saat aku bercerita
5. Tidak menceritakan semula lawak yang sama terlalu banyak kali
6. Apakah dalam keadaan cukup baik untuk turun dari sofa pada hujung minggu
7. Biasanya mengenakan sandal dan pakaian yang berpadanan
8. Menghargai makan malam yang baik
9. Mengingat nama anda pada kesempatan
10. Rajin bercukur

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 62 tahun
1. Apakah tidak menakut-nakutkan anak kecil
2. Ingat di mana bilik mandi
3. Tidak memerlukan banyak wang untuk rawatan
4. Hanya berdengkur ringan ketika tidur
5. Ingat kenapa dia tertawa
6. Apakah dalam keadaan cukup baik untuk berdiri sendiri
7. Biasanya memakai pakaian
8. Ingat di mana dia meninggalkan giginya
9. Ingat bahawa itu hujung minggu

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 72 tahun
1. Bernafas.
2. Tidak miss toilet.


ekekek... sesiapa nak tambah sila add di ruang komen ya... kita kongsi sama2

Posted by  | 10.11.2010  at 4:54 PM  

nombor ekor?

semangat nya aku hari ini... why? becoz ada cerita yang kasi aku panas
tadi masa dinner (dinner la kan kalau makan malam hehe) aku and hubby pergi makan di satu stall ni dekat je ngan rumah aku
apa yang panas? cuaca kah? oh memang area lumut/manjung ni amatlah panas kawan-kawan. kalau nak tau nanti bila2 free mai la manjung ya....(okeh bab promo tamat)

melalut lagi aku

kita berbalik kepada hal yang memanaskan aku

ada la segroup pakcik-pakcik ni. tua la juga baya2 bapak aku. aku ingatkan depa ni saja-saja lepak bual kosong almaklumla geng-geng pencen ni kan. dah la aku terperasan dorang ni dari tengahari time aku lunch tadi dah ada.

aku pon malas nak amik tau.
masa dok usha-usha lantai tempak aku dok pijak tu aku ternampak sekeping kertas kecik......
aku pon belek-belek la (tapi tak la sampai ambil pegang) belek dari kejauhan.
what the.....

sekali kertas 4D...
sekali aku toleh kat pakcik2 tu rupanya ni keja dorang. patut la tadi aku tengok dorang dok pegang-pegang kertas kecik tu dan dok baca surat kabar. sekali tenang nombor. aku ingat bangsa kita dah jadi bangsa membaca. rupanya prasangka baik ku tidak kena tempatnya...
nyampahhhhh
dah la di tempat terbuka gitu.
melayu kita makin lupa aku rasa....
bukan nak kondem bangsa aku sendiri tapi kekadang apa yang manusia kat keliling aku ni ha yang buat aku meluat. tapi bukan semua r

p/s: rambut sama hitam (tu pun la dah tak berapa nak sama), hati tak sapa nampak ye tak?

Posted by  | 10.08.2010  at 3:25 PM  

rahsia personaliti mengikut bulan kelahiran


apakah kita sudah kenali diri kita? atau teman kita? orang mereka yang berada disekeliling kita?
owh nujum kah aku ini? tidak tidak dan tidak. aku ni orang biasa-biasa saja tetapi suka pada perkara-perkara unik. penting memahami dan menelusuri sifat keperibadian orang disekeliling kita. pertamanya untuk bersahabat kita perlukan persefahaman bukan?
bersahabat atau berikatan bukanlah bermakna kita perlu meminta pihak lawan itu menerima kita atau memaksanya mengikut kehendak kita. tapi mesti ada sedikit tolak ansur bukan?
untuk bertolak ansur perlu saling memahami....
di sini aku nak kongsi rahsia keperibadian seseorang individu itu disebalik bulan kelahirannya. yang ku ambil dari ulasan Dato' Fadhilah Kamsah.


sama-sama kita berkongsi ya kawan-kawan

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi

MAC berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

APRIL sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI
kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam, cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri)suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggipermikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros

JUN
berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangaiidea @moodidea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalahkawan saya.

JULAI
Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkanMudah dipujuk dan bercakap lurusSangat menjaga hati orang lainSangat peramahEmosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinyaBerjiwa sentimental jarang berdendam mudah memaafkan tapi sukar melupakan tidak suka benda remeh-temeh membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang layanan yg serupa dgn semua orang tinggi daya simpati pemerhatian yg tajamsuka menilai org lain dgn pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri suka megenangkan peristiwa atau kawan lamasuka mendiamkan dirisuka duduk dirumahsuka tunggu kawan tapi tak cari kawantak agresif kecuali terpaksa lemah dari segi kesihatan perutmudah gemuk kawal tak kawal dietminta disayangimudah terluka hati tapi lambat pulihterlalu mengambil beratrajin dalam membuat kerja

OGOS
suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut. orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa. cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan. sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin. sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik ,pengasih,penyayang suka mencari kawan

SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansursangat cermat,teliti & teratursuka menegur kesilapan org lain & mengkritik pendiam tapi panda bercakapsikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujurkerja yg dilakukansangat sempurnasangat sensitif ygtidak diketahuiorg yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baikotak bijak & mudah belajarsuka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritikpandai mendorong diri sendirimudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsiasuka sukan,hiburan & melancongkurang menunjukan perasaannyaterluka hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangansukakan benda yg luasbersistematik

OKTOBER suka sembang suka org yg sayang padanyasuka ambil jln tengahsangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalamtidak pandai berbohong & berpura-pura mudah rasa simpati,baik pentingkan kawansentiasa berkawan hatinya mudah terusik tetapimerajuknya tak lama cepat marahmacam pentingkan diri sendiritidak menolong org kecuali dimintasuka melihat dari perspektifnya sendiritidak sukaterima pandangan orglainemosi yg mudah terusiksuka berangan & pandaibercakapemosi yg kelam kabutdaya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)suka melancong,bidang sastera & senipengasih ,penyayang & lemah lembut romantik dlm percintaanmudah terusik hati & cemburuambil berat tentang org lainsuka kegiatan luarorg yg adilboros & mudah dipengaruhi persekitaranmudah patah semangat

NOVEMBER
banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luar biasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotic Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesaBercita-cita tinggiSuka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasiSeronok didampingiSuka bercampur dgn org Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelaiSangat jujur amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-puraCepat marahPerangai yg berubah-ubahTidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggiBenci pada kongkonganSuka berlawakPandai buat lawak dan berfikiran dgn logik
Posted by  | 10.07.2010  at 12:35 PM  

ciri-ciri sahabat yang baik

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

-Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
-Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
-Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;


-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
-Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
-Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan;


-Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
-Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita
p/s: kawan2 sekalian ... adakah anda ada sifat-sifat yang telah disebutkan....
Posted by  | 10.02.2010  at 7:05 PM  

lirik lagu ning baizura MAMA PAPA



tadi dengar lagu ni dalam muzik-muzik masa ning baizura perform... cam sedap la pulak...
ni yang cari juga video ni kat youtube...
lirik ada pada video plus ada cari juga lirik dalam words...
apa lagi layaaannnnn jangan tak layan seh


Posted by  |   at 8:58 AM  

Weight Loss Plan

A man calls a company and orders their 5-day, 10 lb. weight loss program. The next day, there's a knock on the door and there stands before him a voluptuous, athletic, 19 year old babe dressed in nothing but a pair of Nike running shoes and a sign around her neck. She introduces herself as a representative of the weight loss company. The sign reads, "If you can catch me, you can have me."

A few miles later huffing and puffing, he finally gives up.
The same girl shows up for the next four days and the same thing happens.
On the fifth day, he weighs himself and is delighted to find he has lost 10 lbs. as promised.

He calls the company and orders their 5-day/20 pound program.
The next day there's a knock at the door and there stands the most stunning and beautiful woman he has ever seen in his life.
She is wearing nothing but Reebok running shoes and a sign around her neck that reads, "If you catch me you can have me."
Well, he's out the door after her like a shot.
This girl is in excellent shape and he does his best, but no such luck.
So for the next four days, the same routine happens with him gradually getting in better and better shape.
Much to his delight on the fifth day when he weighs himself, he discovers that he has lost another 20 lbs. as promised.

He decides to go for broke and calls the company to order the 7-day/50 pound program.
"Are you sure?" asks the representative on the phone. "This is our most rigorous program."
"Absolutely," he replies, "I haven't felt this good in years."

The next day there's a knock at the door; and when he opens it he finds a huge muscular guy standing there wearing nothing but pink running shoes and a sign around his neck that reads,"If I catch you, you are mine!!!"

He lost 63 pounds that week

just a joke for a day..... smile & make ur life better & wonderfull....
Posted by  | 10.01.2010  at 9:05 PM  

mencari yang sempurna

assalamualaikum dan salam 1 malaysia....

seronoknya dapat buka semula blog ku ini... semput sekejap dada aku bila tenet wat hal tak kasi aku waty new post.... bukan apa dalam dok terkenang2 cerita lama, aku teringat satu kisah yang mana merujuk kepada mencari erti kesempurnaan....

dalam setiap aspek kehidupanla..
ada orang mencari kesempurnaan cinta, ada yang mengejar kesempurnaan kerja, ada pula yang mencuba berfikir apakah ada yang namanya sempurna....
Posted by  | 9.24.2010  at 9:13 AM  

perihal orang kita

salam semua.....
pagi ni online jer FB aku dah terbaca 1 status mencuit hati
Tolong jangan respon status ini.. (kita nengok orang malaysia dgr kata ke tidak.. hehehe)
oleh oh media ....
belum capai 1/2 jam komen da nak cecah 70 + like ++
 
p/s: tumpang letak yer......
 
bukan apa, saja nak berkongsi pendapat ... maklumlah dah suku abad jadi rakyat malaysia ni. kadangkala ada perkara yang selalu aku asyik dok fikir.
apa yang dikatakan JANGAN , itulah yang akan dilakukan oleh manusia ni.....
aku pon kurang faham dengan manusia ni (termasuk aku jugala tu)
 
cth?
 
tengoklah tu.....
lagi dilarang lagi sengaja diletakkan motosikal di situ...
di mana ni? oh rasanya semua rakyat malaysia tahu ini di malaysia kan....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
dilarang membuang sampah di sini....?
situasi/suasana ni kita semua sememangnya dah sedia maklum betul tak?
bukan satu dua jer  kita boleh tengok di malaysia ni
baaaaaaaaanyak sesangat. tak terkira
kalau ada je sign boad larangan membuang sampah jer mesti ada sampah kat bawah nya
tak kiralah amaran denda ke, amaran penjara ke....
apa ya maknanya?
rakyat kita ni kurang prihatin? atau ini lambang negara kita tak cukup maju hingga ramai lagi rakyatnya yang buta huruf?
mari kita sama-sama fikirkan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
yang ni memang tahap kritikal. kalau cakap bab rokok memang tak dapat dinafikan buat lah macamana pon perokok-perokok tegar ni memang tak kan dapat dihentikan dari berasap. tak tahulah apa hebatnya merokok. membakar duit yang lebih baik beli makanan untuk anank-anak.
kalau dinaikkan harga kaum  ini lebih rela kurangkan pebelanjaan dapur asal bekalan rokok mereka tidak terjejas....
 
 kasihannya mereka ini
tapi pos kali bukan nak bincang pasal perokok yang tak tau bila nak sedar keberukan merokok tetapi lebih aku nak fokuskan kepada sikap manusia yang sentiasa mencari jalan melanggar etika yang jelas-jelas menegah.....
 
 
 
 
 
 
dilarang menggunakan telefon???
arggggh ada ku kesah... mungkin nilah yang ada dalam kepala mereka ni... susah sangatkah mengikut peraturan tu? ada tempat kan yang bebas gunakan handphone sibuk nak gunakan di tempat yang dilarang
apa lagi kat stesyen minyak...
menyirap kalau tengok.....
tahutak kalian semua yang handphone tu boleh akibatkan kebakaran . dan kebakaran di stesyen minyak? argggh taknak bayangkan....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
banyak lagi sebenarnya jangan/larangan kat tempat kita dan merata tempat di malaysia ni... tetpi sering diabaikan oleh kita2 ni....
p/s: elakkanlah menjadikan diri sendiri kelihatan bodoh di mata orang lain.....
Posted by  | 9.23.2010  at 4:05 PM  

kesian. kurang perhatian

baca dulu apa yang terkandung dalam pict kat bawah ni...... baca dengan tenang ye kawan-kawan



apa perasaan u ols after baca je komen dis ahmoi? bengang? marah? meluat? menyirap?
apa-apalah kan emosi kita . aku mula-mula baca macam-macam yang aku fikir sebab aku ni a bit conservative sikit.
wah ada aku kisah...
tak kiralah macamana pun adat resam sesuatu masyarakat or etnik kat malaysia kita kena hormat kan...
dis amoi memang senget aku rasa. betul-betul tak hormat dengan others adat and budaya. memang aku nyampah siot orang macam ni. tak wajar ada di malaysia. da ada kat malaysia taknak terima pulak masyarakat malaysia punya budaya.
tapi bila fikir-fikir semula dengan akal ku yang waras ni
mungkin amoi ni kurang perhatian. that's why la keluarkan komen macam ni. tapi aku tetap nak kategorikan amoi ni sebagai............ AMOI MULUT JAHAT
kena cili baru tau....

hallo kawan-kawan di luar sana
sama-samala kita jaga nilai sentimen sesama kita warga negara malaysia.

Posted by  | 9.21.2010  at 9:48 AM  

LAGU SEDAP



KIMIA by MELDA AHMAD

http://www.youtube.com/watch?v=hLgczoSwDJU

aku mula jatuh hati kepadamu
setelah kau kata cinta padaku
masing-masing dulu punya pasangan
akhirnya kita bersama
pertama kali kita bersua bertentang mata
terasa ada kimia di antara kita

kau kucup pipiku
kau bisikan cintamu
kau kata baby I love you
kau cairkan hati ku

bahagia,
kurasa,
disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu

kau kucup pipiku
kau bisikan cintamu
kau kata baby I love you
kau cairkan hati ku

bahagia,
kurasa,
disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu




p/s: lagu ni sedap dengar....nyum nyummmm
      walaupon cam manjer2 gtu but hapenning n sweet....
Posted by  | 9.20.2010  at 10:44 AM  

cerita 4 2day

 just wanna share some funny story.....
tentang bijak bodohnya kita @ mereka itu.....

Sorang laki tua sedang gunting rmbut, tiba- tiba,
datang sorang budak, tukang gunting rambut tu pun bisik kat lelaki tua tu..

"ini la budak paling bodoh yang pernah aku jumpa ,nak tau kenapa? biar aku buktikan skang," kata tukang gunting kepada lelaki  tua.

"hey budak, ke sini sekejap,"
lelaki tu amik duit kertas seringgit letak ditangan kanannya, dan kemudian 3 keping duit syiling 20 posen di tangan kirinye...
"ha,yang mana yang engkau  nak?" tanya tukang gunting kepada budak tu..

sambil tersnyum senget budak tu ambil duit syiling yang ada kat tgn kiri laki budak tu,kemudia dia pun keluar dari kedai gunting tersebut

Tukang gunting pun gelak bukan main lagi ,sambil ckp
"ha,kan aku da cakap,budak ni memang bodoh".

Habis je gunting rambut laki tua tu pun kuar kdai,lalu terserempak ngan budak tu ngah bli eskrem kat taman.
dye datang kat budak tu tanye,
"kenapa tak amik duit seringgit tadi?"
budak tu balas
 "esok kalau dia ade customer,saya boleh la datang lagi",
smbil menjilat aiskrim yang dibeli dengan daya usahanya.

p/s: agak-agaknya siapa yang lebih bodoh? pada yang memeikirkan orang lain bodoh atau budak yang dikatakan bodoh
sudah-sudahlah memperbodohkan diri sendiri.....
Submit Express Inc.Search Engine Optimization
Related Posts with Thumbnails

dimanakah aku?

review http://mrsaqur.blogspot.com on alexa.com