Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts
Posted by  | 10.29.2010  at 9:33 AM  

TELUR REBUS

Aku ada cerita ni... lawak la jugak..tapi jangan ketawa tau...
Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku.
Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus.
Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini.
Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni..
sebab orang rumah aku masak sedap- sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba

kereta aku rosak..
akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah.
Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang..
maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni.
Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan
Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini.
Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama..
Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya
PROOOTTT!! .... fuh bau jangan cakap
beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku

kipas pakai tangan angin dia kasi
kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku
dengar bunyi telefon berdering lagi...
hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali
ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu...
PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega...

bergegar sikit meja makan dibuatnya...
peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau
dia ada sikit-sikit macam bangkai la..
mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega....'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu
isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat..
lalu dia
kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!'
dan suruh aku buka kain penutup mata aku..
laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni... Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus
melopong... ALAMAK!!! /omg
Benda pertama aku lihat..
muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja
makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.
Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.:

/floor

HABIHHHHHH

p/s: takder kaitan antara hidup atau yang dah tiada ya ehehhehe
cerita asal: Mr.miezal KKSM ehehe credit jangan tak creadit

Posted by  | 10.25.2010  at 1:46 PM  

siapa salah ni?

Satu hari ketika baru saja tiba dr subang, aku singgah sekejap di Klcc.Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat barang dikedai, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level tu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pergi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah…


“Haa,camana sekarang ?”
aku blurr sekejap....
Aku pun bukannya suka sangat nak berbual dengan orang yang aku tak kenal.
apalagi kat tandas macamni.
Ntah camana,akhirnya aku balas juga
“Ok gak ler”

Kemudian suara tu bertanya lagi “Kau nak ke mana ni??”

Iskk..Aku mula rasa musykil sikit.Rajinnya mamat sebelah ni beramah mesra dalam tandas macamni. tapi aku kata

“Aku nak balik,singgah sini nak beli barang sikit”

Lepas suara tu bertanya lagi “Bila kau nak gerak ni??”

Aku selamba jer kata “Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la”.

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata “Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawap jer!!!


p/s: ......................

Posted by  | 10.21.2010  at 11:35 AM  

surat dari tijah

jenaka pagi.......

Tijah merupakah seorang gadis kampung yang bekerja di sebuah kilang di bandar.... dan bercinta dengan seorang MAT SALLEH.....
tetapi atas sebab2 tertentu dia mahu putuskan hubungan dengan mamat itu.....
tetapi kerana tidak sampai hati diapun mengutuskan sepucuk surat...

oh,,,, pN.rOs jumpa surat tuuuuu hehe jangan marah


/wahaha
p/s: tijah ... sori ya... pN.rOs tak bermaksud nak siarkan tapi....

Posted by  | 10.19.2010  at 8:22 AM  

lawak buah dada

selamat pagi selasa semua....
hari ini rasanya pN.rOs nak kongsi 1 gambar jer la
layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
apa pandangan anda?????

Posted by  | 10.12.2010  at 4:38 PM  

curang

 
Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.

Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting
itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"

"oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.....begitu." balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah.". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak..........dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..........segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"



p/s: tak terkata
what goes around comes around mungkin.........
Posted by  | 9.27.2010  at 4:42 PM  

keLDAi dan sERigALa

Pada suatu pagi,seekor keldai pergi meragut rumput di sebuah padang rumput yang luas.Ia meragut rumput dengan gembira kerana rumput di situ sunguh segar.Lagipun tiada haiwan lain di di situ,jadiia dapat meragut rumput dengan senang hati.

‘’Oh,beruntung sungguh aku hari ini!’’Setelah kenyang, keldai mamandang sekeliling,tiba-tiba ia ternampak seekor serigala yang kelaparansedang menuju ke arahnya….
Submit Express Inc.Search Engine Optimization
Related Posts with Thumbnails

dimanakah aku?

review http://mrsaqur.blogspot.com on alexa.com