Showing posts with label ilmiah. Show all posts
Showing posts with label ilmiah. Show all posts
Posted by  | 12.21.2010  at 10:05 PM  

7 langkah kurangkan gula

assalaamualaikum semua.....
kurangkan gula dalam minuman
tambahkan manis dalam senyuman
baguskan ayat tu...? bagus cara menyampaikan mesej tu. pentingke kurangkan gula dalam kehidupan harian ni? apa signifikannya? ramai antara kita sekadar mendengar tetapi tak faham atau sengaja buat-buat tak faham ye tak? hakikatnya terlalu banyak masalah akan timbul sekiranya pengambilan giula tidak dihadkan....

di sini 7 langkah mudah yang telah banyak di war warkan di iklan televisyen mahupun media cetak....
  • AMALKAN MINUM AIR KOSONG

  • HADKAN 1 SUDU TEH GULA
    ketika membuat minuman

  • KURANGKAN PENGGUNAAN GULA DALAM MASAKAN

  • ELAKKAN MAKAN SNEK DAN MINUMAN MANIS 
    terutama diantara hidangan utama dan sebelum tidur

  • UTAMAKAN MAKAN BUAH-BUAHAN
    berbanding kuih-kuih manis
  • BACA LABEL / SENARAI RAMUAN PADA TIN @ BOTOL YANG MAHU DIBELI
  • PILIH MAKANAN "RENDAH GULA" ATAU "BEBAS GULA".
    senangje kan. boleh baca pada label. macam iklan susu tu kata... " semak label dulu"
agak-agaknya lah ye.... boleh ke kita amalkan semua tu?
Posted by  | 12.02.2010  at 3:42 PM  

keburukan meminum soya

salam semua......
mood sekarang: non explanation
ok fokus ya nak buat entry baru ni huhu

hari ni nak buat entri berkenaan soya. minuman yang soooo sedap yang berwarna kesusuan (putih). mesti ramai antara kita pernah dengar kenyataan-kenyataan ini kan?
  • minum soya banyak2 Jah (bukan nama sebenar) nanti anak yang kau kandung tu keluar putih, kulitnya gebu
  • bila anak nak periksa je: minum soya ni ha, biar bijak sikit kepala otak tu ha, jangan melembam je.
  • minum lah soya ni ha elok untuk kesihatan
  • ambil soya ni elok untuk kulit. halus je nanti kulit kalau ambil soya banyak. 
sapa tak setuju put up your hand please.....
nak cubit sikit ehehe...

menurut kajian sebenarnya soya ada banyak kesan negatif (kalau diambil berlebihan). bukan apa, aku paham sangat la kalau peminat soya tu kengkadang siang malam, pagi petang minum soya. tak muak ke ha...
malah aku dulu time ngandung pon suka minum soya gak...
Sebab aku tak lalu minum susu.
Antara keburukan soya ialah
Meningkatkan risiko barah payudara (kanser payudara) dalam kalangan wanita
Berupaya melembamkan otak/minda
Mengakibatkan tumbesaran bayi yang luar biasa bagi bayi dalam kandungan dan kanak-kanak

*** soya mengandungi 1 bahan kimia yang menyerupai fungsi hormon estrogen 
apakah estrogen? ia adalah hormon yang ada pada kaum wanita yang juga boleh mengubah pertumbuhan jantina/ seksual.

malah mengambil 2 gelas susu soya sehari dalam masa sebulan sudah mampu menganggu kitar haid sesorang perempuan..... bayangkan la yang dok minum 4x sehari tu. aduhhhh.

lagi fakta:
dalam kacang soya juga menagandungi satu sebatian bernama isoflavone
apa pulak tu?
ia satu sbatian kimia yang mampu mengurangkan risiko kanser, melegakan simptom menopause, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko kepada beberapa penyakit lain.
eh baikla tu fungsinya tu kan?
hhaaaa kejap eik. hakikatnya ada di sini:
Bukan senang untuk mengekstrak sebatian ini. melalui proses penapaian sempurna barulah sebatian ini dapat dihasilkan dan elok untuk diminum.

kacang soya juga mempunyai 1 bahan perencat enzim yang menganggu tripsin dan beberapa enzim yang penting dalam proses penghadaman. Proses memasak yang biasa takkan mampu mendeaktifkan bahan ini.
akibatnya:
boleh sebabkan gastrik, kekurangan protein dan asid amino

phytic acid satu bahan kimia yang ada secara semulajadi dalam semua jenis kacang yang juga merupakan anti-nutrien. dan dalam kacang soya ia melebihi kandungan dalam kekacang lain.
ia menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magneseum, zink, calsium dan zat besi.

dalam kacang soya juga mengandungi hemagllutinin dan perencat tripsin yang merencat pertumbuhan manusia (diperingkat kanak-kanak).  bahan ini boleh dideaktifkan melalui proses penapaian. contoh ialah tempe. dalam minuman soya atau tofu, sebatian perencat ini masih wujud walau sedikit.

ramai juga ibu bapa yang menggantikan susu dengan susu berasaskan soya kerana faktor kos, atau kerana anak tak mahu minum susu biasa, atau kerana anak alergi terhadap susu
sebenarnya memberikan susu berasakan soya jauh lebih bahaya
fakta:
isoflavone  yang bertindak sebagai estrogen menyebabkan gangguan pertumbuhan. senang kata seakan menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak dengan cepat tidak selaras dengan usia.
digambarkan bayi yang minum susu berasakan soya , menghadam phytoestrogen seakan bayi tersebut mengambil 5 biji pil perancang dalam sehari...... /oh no....
mungkin ni juga natra sebab semakin ramai lelaki lembut zaman sekarang. kerana pengambil hormon seawal bayi lagi?
atau semakin ramai yang mengalami obesity akibat pembesaran tubuh ketika zaman kanak-kanak?
siapa yang salah ni?????

dan....
last but not least
penyelidik Jepun mengatakan hanya dengan mengambil 30gram @ 2 sudu besar soya sehari selama sebulan boleh meningkatkan hormon thyroid seterusnya boleh menyumbang kepada kanser thyroid.

p/s: so camana? masih mau minum soya ka?

Posted by  | 11.07.2010  at 8:01 PM  

lesung pipit a.k.a dimple

oooo sungguh ayu
lesung pipit dipipi....
herm coret entri kali ni sambil-sambil dengar lagu ni ... pernah dengar?
memang tidak dinafikan pon, memang ramai yang mengiyakan pendapat yang terkandung dalam lagu tu kan?
bahawa gadis berlesung pipit usually cantik tertarik menarik betultak? ada yang tidak bersetujukah?
oppppsssssssss tidak bermaksud mengaku diri aku nih tergolong dalam golongan cantik menawan ni ya. /blush
yang cuba nak aku kongsikan adalah lesung pipit ini hakikatnya merupakan satu kecacatan . ia berlaku akibat dari sedikit kecacatan pada otot tak kiralah dimana ia berada.
cumanya kita lebih alert apabila ia berada di wajah kan?
kebiasaanya lesung pipit yang kita perhatikan tu adalah di pipi (macam preity zienta)
atau di dagu (macam Dato' Siti Nurhaliza)

lesung pipit terjadi akibat daripada pemendekan/kependekan pada otot. sebab itulah pada keadaan rehat kebiasaannya lesung pipit tidak kelihatan.kenapa?
kerana dalam keadaan rehat sememangnya otot kita lebih pendek jika dibandingkan apabila menunjukkan reaksi yang jelas.
lesung pipit akan jelas apabila seseorang itu senyum atau melakukan reaksi tertentu.
itu baru penceritaan tentang otot,
jika disentuh mengenai faktor genetik pula ia lebih menarik. kerana lesung pipit merupakan dominant trait. apa tu?
soalan lagi hehe...
ia adalah keadaan diman cukup dengan hanya satu genes untuk menampakkan lesung pipit pada pemilik.
sekiranya ibu dan ayah kedua-duany tidak mempunyai lesung pipit, automatik anak tidak akan ada, kecuali berlaku mutasi spontan pada otot wajah anak terbabit. ajaibkan?
kalau salah seorang ayah/ibu memilki lesung pipit kebarangkalian anak akan ada ialah 25-50%
kalau kedua ibu dan ayah ada keberangkalian anak akan ada ialah 50-100%
menurut kajian juga lesung pipit boleh hilang dengan meningkatnya usia kerana 'stretch out' / meregang betulke tranlation tu?
lesung pipit dimuka aku ni masih dalam dan jelas sebab muka aku ni selalu jer masam kot. so otot kurang meregang ... eh ye ke tu haha
oh satu lagi, ada sesetengah individu yang taksub dengan lesung pipit ni sampai buat pembedahan membuat lesung pipit. betul, tak tipu.
prosedurnya hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit.
kosnya? USD300 dan ke atas untuk sebelah sahaja.maknanya USD 600 untuk dua belah...
sanggupkah korang untuk kelihatan cantik ?
betulke cantik kalau ada lesung pipit?

Posted by  | 10.31.2010  at 10:30 PM  

7 JANGAN selepas makan

kali ni pN.rOs nak kongsikan pantang larang selepas makan. oh ini menurut kajian ya.....
so selamat merenung-renung.....

JANGAN MEROKOK
JANGAN MINUM TEH
JANGAN BERJALAN-JALAN
JANGAN MANDI
JANGAN TIDUR
JANGAN MAKAN BUAH
JANGAN LONGGARKAN TALI PINGGANG




jangan merokok
merokoksebaik sahaja selepas makan adalah sama dengan 10 kali ganda merokok pada waktu biasa

jangan minum teh

teh memiliki kandungan asid yang tinggi. bahan ini akan mengakibatkan kandungan protin didalam perut/ sistem penghadaman mengeras dan seterusnya sukar untuk dicernakan

jangan berjalan-jalan

berjalan selepas makan akan mengakibatkan sistem penghadaman tidak mampu menyerap nutrisi dari makanan yang diambil
/no
jangan tidur
makanan yang diambil tidak akan mampu dihadam dengan sempurna. ini boleh mengakibatkan penyakit gastrik dan juga jangkitan usus
p/s: tahukan kenapa orang-orang tua tidak suka kita tidur selepas makan?

jangan mandi
apabila kita mandi pengaliran darah ke tangan dan kaki akan meningkat. jadi darah ke sistem penghadaman menurun.
seterusnya sistem penghadaman menjadi lemah.

jangan makan buah
walaupun banyak kesalahfahaman masyarakat melayu. kononnya makan buah lepas makan adalah perkara baik.
sebenarnya ia salah sama sekali.
makan buah sebaik sahaja selepas makan akan menyebabkan perut dipenuhi udara.
oleh sebab itu makanlah buah 1-2 jam selepas makan atau sejam sebelum makan.

jangan longgarkan tali pinggang

ohoooo kerana makan terlalu banyak. jadi rasa terlalu ketat di pinggang seluar. jadi tali pinggang pon dilonggarkan atau ditanggal terus....
no no no itu bukan langkah yang baik.
kajian menunjukkan tindakan itu boleh mengakibatkan usus mudah terbelit atau pun mengalami kesekatan.
alah secara mudah nya begini....
kalau kita rasa terlalu ketat di pinggang pasti berasa tak selesa untuk terus menambah makanan kan. cuba longgarkan tali pinggang... ha apalagi masih ada ruang untuk diisi tu.. ehehehe
ok tak fakta pN.rOs tu? /hmm

anda bagaimana? adakah anda mengangamalkan perkara-perkara di atas?

Posted by  | 9.26.2010  at 12:34 AM  

laluan kesedihan? @ the grief path

Shock - feeling numb
Denial - it can't be happening
Illness - easily getting things like colds
Anger - it's not fair
Guilt - what should I have done differently
Depression - feeling really, really, sad
Remembering - the good times
Reality - but the person won't come back
Positive attitude - I will get on with my life
Acceptance - I have learned lots of good things from
     the person I have lost. I will keep them with me
     as I move on. Although I can't have the person,
     I can have what I have learned.

kita semua akan berasa sedih apabila sesuatu atau seseorang yang kita sayang atau ambil berat  pergi untuk jangka masa tertentu......
tetapi bagaimana pula jika sesuatu atau seseorang ini pergi dan takkan kembali lagi kepangkuan kita? bagaimana agaknya menggambarkan kesedihan ini? bagaimana agaknya penerimaan kita terhadap situasi begini?
ia pastinya satu keadaan yang amat sukar, yang mana anda pastinya akan lalui satu fenomena berbeza-beza mengikut aliran masa ... seperti sedih, marah, rasa kehilangan, rasa keseorangan dan mungkin juga enggan menerima hakikat.
bagaimana pula perasaan yang dapat diekpresikan dalam keadaan ini
'apabila seseorang yang amat dikasihi pergi menyahut seruan ILLAHI?'
sukar bukan?
tetapi kita perlu tahu, setiap sesuatu yang bernyawa tetap akan tiba masanya untuk pergi. itu ketetapan yang tidak siapapun boleh pertikaikan
kita juga tahu bahawa tubuh badan kita ini bekerja siang dan malam bagi menjaga kesejahteraan kita. namun ada masanya kita jatuh sakit juga. ini bukan perkara luar biasa. namun apabila organ-organ penting seperti jantung tak mampu lagi berfungsi akhirnya manusia akan mati.
ada kanak-kanak yang lahir dengan penyakit kongenital. sekalipun begitu ramai doktor pakar disekeliling mereka. ada sebahagian kanak-kanak tetap pergi juga. ini juga ketetapan.
ada sesetengah insan mengalami kecederaan akibat kemalangan dan akhirnya menempuhi saat-saat getir samada kecacatan atau kematian. dan kemalangan sebegini tidak mengira mangsanya umur, bangsa atau agama.
siapa yang dapat menjangka perkara buruk seperti ini akan berlaku dalam hidupnya? dan apabila sesuatu perkara yang tidak dapat dijangka berlaku, maka secara tidak sedar akan berlaku perubahan dalam episod kehidupan mereka. yang pasti setiap kita harus belajar menerima hakikat dan belajar untuk melalui setiap perubahan ini.

apa yang boleh kita lakukan disaat kita kehilangan seseorang atau sesuatu

bercakap
  • - bercakap tentang perasaan anda dan bukakan hati anda untuk mendengar dari orang lain
  • - usah mngelak dari bercakap mengenai mereka yang telah mninggalkan anda
  • -bertanyalah pada orang disekeliling anda berkenaan apa yang anda ingin tahu.

ingat
  • -ingat kenangan indah bersama dirinya
  • -simpanlah barangan kenangan atau pemberian yang boleh mengingatkan anda kepadanya
teruskan hidup anda
bukanlah bermaksud anda perlu hilangkan ia dari ingatan anda. namun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. hidup anda jangan disia-siakan. teruskanlah hidup anda sebaik mungkin. mereka yang pergi pastinya mahukan kita terus bahagia dan berjaya
  • -kesedihan adalah perlu. kenapa? kerana ia proses penyembuhan rohani. dengan kesedihan kita sepatutnya belajar menghargai. dengan kesedihan juga kita akan blajar mnerima situasi-situasi kehilangan dan kekecewaan, dengan kesedihan juga akan mulanya episod yang baru .
  • - terimalah kahikat bahawa setiap yang berlaku bukanlah hukuman tetapi hikmah. teruskanlah dengan kehidupan yang masih belum kita tahu apa kesudahannya. usah lupakan kenangan, jadikan ia sebahagian hidup yang telah mewarnai perjalanan yang kita sedang lalui ini.
p/s: pernah terbaca ayat ni suatu ketika dulu....

"Talking about your feelings and sharing memories helps children and adults to get through the sad times. Remember that if you are not getting better you need to share your feeling."

macam yang dah dikatakan sejak awal

share is care
loving is caring
Posted by  | 9.24.2010  at 9:05 PM  

konsep pembelajaran

salam semua ...
sekembalinya aku di depan monitor ni disebabkan 1 cambahan idea yang tiba-tiba bertunas... (oh begitu berbahasanya)
maklumlah mood marking paper exam student ku belum habis lagi nih.....
ada bebrapa perkara yang pada aku sangat la penting dan sebolehnya diambil berat oleh semua student2 ku itu.( bagi mengelakkan diriku ini naik angin)

pertamanya beranikanlah diri bersuara ketika guru bertanya. kalau sentiasa takut ingin mencuba, bilakah mahu berjayanya?



Posted by  |   at 1:16 AM  

belajar?mengantuk? cara mengatasinya

Mengapa Mengantuk Apabila Belajar?
Belajar? Oh tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ini biasa kita dengar atau kita juga mungkin pernah lalui. Apa lagi saat-saat akhir menempuh hari peperiksaan. Ditambah pula ‘warggghhhh, mengantuknya’ sebaik sahaja helaian pertama buku dibuka.
‘macamana ni? Exam tinggal berapa hari sahaja ni’ mulalah gelabah dan tunggang langgang cari apa yang boleh mnyengkang mata
Atau ‘apa yang cikgu dok membebel tu.....? mengantuknya’ dengan kuapan yang sudah 2,3 kali dalam seminit.....
Di sini aku sekadar berkongsi apa penyebab kita mudah rasa mengantuk dan tips2 mudah mengatasinya.....
Tidak cukup tidur. Ini memanglah punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1.00 pagi. Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal. Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan ber-IRC (chit chat) di internet sehingga pagi.
Kalaulah ini masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup anda. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia. Kalau anda tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka anda juga perlu ubah tabiat buruk ini. Ingat pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang ‘study smart’ bukan semata-mata ‘study hard’.
Tidur yang berlebih-lebihan. Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda mengantuk. Kawan-kawan semua nak tahu berapa jamkah sehari yang diperlukan untuk tidur dan merehatkan tubuh? Herm.... Cuma 6-8 jam. Jadi dapatkanlah tidur yang baik dan mencukupi. Usahlah berlebih-lebih
Makan terlalu banyak. Ini juga merupakan satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan maka perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan anda akan mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulangkaji. Apa kaitannya? Bila banyak oksigen digunakan untuk memproses makanan tadi maka oksigen ke otak akan sedikit berkurangan dan ini mengundang rasa mengantuk. Sebab itulah sebaiknya makan secara berpada-pada. Cukup sekadar kenyang sahaja. Dan sebaiknya berehat seketika sebelum mengulangkaji pelajaran bagi mngelakkan rasa mengantuk. Tapi ingat kawan-kawan berehat tidak bermaksud tidur ye....

Badan terlalu letih. Beraktiviti sepanjang hari? Herm badan anda terlalu letih juga akan menyebabkan rasa mengantuk. Kalau anda ada masalah mengantuk cuba anda ingat kembali aktiviti yang telah anda lalui di siang hari. Ada ketikanya anda bersukan atau beriadah secara keterlaluan. kebanyakan aktiviti bersukan yang berlebihan memerah keringat dan membuatkan anda keletihan.
Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena betul. Perbaiki matlamat anda beriadah. Anda beriadah untuk membolehkan anda segar pada waktu malamnya bagi menelaah pelajaran. 20 – 30 minit sehari adalah mencukupi.
Pastikan anda tidak kesuntukan masa. Pastikan anda tetap segar dan tidak mengantuk dimalamnya. Hakikatnya beriadah atau bersukan secara sihat akan mendatangkan rasa segar di waktu malamnya.
Tiada minat belajar. Alamak!! Masalah ini adalah alasan paling kerap diberikan oleh ramai pelajar. Sebelum saya pergi lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan BELAJAR manakah yang wujud terlebih dahulu? Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh-pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna, markah yang tinggi dan sebagainya.
Maka anda sendiri perlu tanamkan minat itu di dalam diri.....
Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran:
• Lihat seimbas kesemua muka surat yang anda akan baca. Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal anda baca. Dapatkan satu gambaran yang menyeluruh terlebih dahulu.


Perhatikan perkara-perkara yang berikut:
o Tajuk-tajuk kecil – dapatkan perkaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain.
o Rajah-rajah.
o Jadual.
o Carta.
o Peta.
• Baca perenggan bahagian pendahuluannya.
• Baca perenggan bahagian penutup atau kesimpulannya.
• Yang terakhir barulah baca ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan secara terperinci.

Membaca hanya satu hala. Ramai pelajar yang membaca dan mengharapkan ‘input’ semata-mata. Mereka mengharapkan melalui pembacaan setiap maklumat disuap dari buku ke dalam minda. Proses membaca begini ialah proses sehala dan ia cukup menjemu dan membosankan. Hrm... ini lebih kepada menyuap semua data ke minda tanpa tapisan. Anda perlu berinteraksi secara interaktif antara anda dan buku yang dibaca. Lebih kurang bginilah dalam kata kasarnya: interaksi 2 hala. Berikut antara cara yang boleh anda cuba untuk dapatkan interaksi 2 hala dengan pembacaan anda:
     Dapatkan 10 – 20 soalan berkaitan tajuk yang mahu anda baca sebelum anda membaca teksnya. Fahami kehendak soalan ini. Apabila anda membaca kelak anda pasti menemui jawapan kepada soalan dan ini pasti meningkatkan tumpuan dan minat anda.

     Sentiasa tanya diri anda sebarang soalan yang bermula dengan Apa? Siapa? Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? dan Bagaimana? Ini membuatkan anda sentiasa mencari maklumat bukan sekadar mengharapkan maklumat itu tersedia untuk anda.

     Selepas satu perenggan atau satu muka surat…. berhenti sejenak. Tanyakan diri anda sekali lagi tentang apa yang telah anda ketahui sebentar tadi.
·         Cuba lakar-lakarkan pada sehelai kertas rajah atau fakta-fakta penting yang anda ketahui. CUba ceritakan semula pada diri anda apa yang telah anda baca. Ceritakan dalam suara yang boleh didengar oleh telinga anda sendiri. Dengan cara ini anda menggunakan bahagian otak yang lain untuk memproses maklumat.
Buat nota ringkas. Yang ini rasanya sangatla penting. Cuba kenal pasti kata kunci (lihat artikel terdahulu) dan ringkaskan setiap fakta penting ke dalam bentuk nota ringkas. Dengan melibatkan lebih banyak deria dalam satu-satu proses membaca membuatkan anda rasa seronok. Tambah pula dengan penggunaan pen yang berwarna-warna. Minda akan lebih cepat merakam penggunaan warna-warna yang berbeza....
Ok tak entri kali ni...
Rasanya begitu ilmiah wah wah wah



Submit Express Inc.Search Engine Optimization
Related Posts with Thumbnails

dimanakah aku?

review http://mrsaqur.blogspot.com on alexa.com